INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Kampung Pasir Raja dibuka oleh sekumpulan suku Orang Asli. Mereka berusaha membersihkan kawasan kampung dengan menebang pokok-pokok besar dengan menggunakan kapak. Mereka mengumpul serpihan besi mata kapak yang sumbing sehingga mencecah satu gantang banyaknya. Seorang Lelaki dari Pagar Ruyung, Indonesia datang ingin mengambil alih kampung ini dengan bayaran satu gantang mata kapak yang sumbing itu. Semenjak perjanjian itu, Orang Asli tidak lagi berani memasuki kampung ini. Kedatangan seorang lelaki bernama Tengku Che Muda ke Daerah Dungun dan melawat kampung ini pada 1920an dengan menyusuri sungai. Beliau berkhemah bersama hulubalangnya di tebing pasir sungai apabila tiba di kampung ini. Selama sebulan beliau berkhemah disitu untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu pendekar dengan seorang ulama dikenali dengan nama Sutan Kari. Bermula peristiwa itu, Kampung ini mula dikenali dengan nama Kampung Pasir Raja sehinggalah ke hari ini.

Kampung Pasir raja terletak kira-kira 77.9 km dari bandar Dungun. Tahun 1990 dahulu, penduduk kampung menggunakan rakit atau perahu menyusuri sungai Dungun untuk ke Bandar Dungun. Perjalanan mengambil masa selama 3 hari 2 malam bergantung kepada pasang surut air sungai. Penduduk terpaksa menghadapi arus deras, sunagi cetek, buaya ganas serta berkhemah semasa perjalanan. Walaubagaimanapun, tiada sejarah penduduk kampung diserang oleh buaya ganas ketika menggunakan sungai tersebut. Perkhidmatan sungai kini hanya tinggal kenangan di hati penduduk kampung apabila jalan raya dibina bagi menghubungkan penduduk ke bandar.

Kampung Pasir Raja mempunyai penduduk seramai 452 orang. Selain itu, Kampung Pasir Raja mempunyai bilangan rumah sebanyak 109 buah rumah dan 126 keluarga. Penduduk Kampung menjalankan pelbagai jenis aktitivi ekonomi. Penduduk kampung ramai yang bekerja sebagai penoreh getah. Terdapat juga penduduk yang berhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan swasta. Disamping itu, terdapat juga penduduk yang merupakan pengusaha ikan air tawar.


Rekreasi & Pelancongan

Taman Rekreasi Bumbung Raja

Taman Rekreasi Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu merupakan tempat pelancongan yang unik kerana satu-satunya hutan rekreasi di Malaysia yang terletak di sebuah desa. Paling unik adalah memiliki sungai yang sangat luas sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak. Di sini disediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung antaranya kawasan perkhemahan, tandas, surau, tangga konkrit serta pondok rehat. Selain itu para pengunjung boleh berkelah, berkhemah serta berenang di sungai yang airnya nyaman. Pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti jungle tracking sambil berjalan-jalan melihat flora dan fauna yang ada di sekitar hutan ini.


Taman Rekreasi Lubuk Kain

Taman Rekreasi Lubuk Kain terletak di Kampung Shukur, Dungun Terengganu terkenal dengan kejernihan air terjun ibarat kristal dan keindahan alam semula jadi. Taman Rekreasi Lubuk Kain ini dikendalikan oleh Koperasi Shukur Membangun Dungun Berhad. Perjalanan ke taman rekreasi ini mengambil masa selama 1 jam dari Bandar Dungun untuk sampai ke destinasi. Taman rekreasi ini menjadi tarikan ramai kerana airnya yang jernih dan sangat sejuk. Di samping itu, di sini juga terdapat tapak perkhemahan untuk pengunjung datang berkhemah dan bermalam di taman rekreasi ini. Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman serta tandas dan surau bagi kemudahan para pengunjung.


Hutan Lipur Chemerong

Hutan Lipur Sungai Chemerong bersebelahan Hutan Simpan Pasir Raja. Hutan simpan ini kaya dengan khazanah flora dan fauna seperti pokok meranti dan keruing yang menjadi latar belakang pemandangan indah dan mendamaikan. Kawasan Hutan Lipur ini mula dimajukan pada tahun 1993. Hutan Lipur ini mampu menarik para pengunjung dari dalam dan luar negeri kerana terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat di sini seperti kawasan hutan yang masih dara dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Sungai yang bersih dengan jeram dan air terjun yang cantik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk bermandi-manda serta berenang. Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dapat dilakukan oleh para pengunjung ke hutan lipur ini ialah berkhemah, merentas denai, mendaki gunung dan bersiar-siar. Jarak ke hutan lipur ini kira-kira 30km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah ataupun 100km dari Kuala Terengganu.

Tempat Makan Menarik



Kedai Makan Zeerazaaki

Kedai Makan Zeerazaki menjual pelbagai jenis masak panas, goreng-gorengan, ABC dan ABJ. Kedai makan Zeerazaki menjadi tarikan kerana menu utama nya iaitu Nasi goreng Daging Salai. Kedai makan Zeerazaki terletak di tepi jalan utama Kampung Pasir raja.


Kedai Makan Tengku Maimun

Kedai Makan Tengku Maimun menjual pelbagai jenis sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kerabu dan aneka kuih muih. Kedai Tengku Maimun terkenal dengan Nasi Lemaknya yang menjadi tarikan ramai. Kedai Makan ini terletak berhampiran dengan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja.

Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan Kg Pasir Raja
Pondok Polis Kg Pasir Raja
Dewan Orang Ramai Kg Pasir Raja
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Pasir Raja
Tabika Kemas Kg Pasir Raja
Kisah Kejayaan

Nama : Elisha Addina Binti Azman
Umur : 22 Tahun
Tempat Belajar Sekarang : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Elisha Adiina Binti Azman merupakan seorang ahli yang aktif menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pasir Raja sejak tahun 2016 lagi. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Beliau sering mengikuti kelas yang diadakan di NADI dan beliau sering datang untuk mengulangkaji mata pelajaran dan mencari bahan-bahan pembelajaran sekolah. Beliau kini merupakan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Keusahawanan
Jenis Perniagaan : Pengedar sah produk Najeehah dan Cuckoo
Nama Pengusaha : Jalina Binti Abdullah
Alamat : Kampung Shukor 23000, Dungun, Terengganu
No Telefon : 017-9173306



Jenis Perniagaan : Perkhidmatan Surprise Delivery
Nama Perniagaan : Bouquet Amy@Ilasyubi
Nama Pengusaha : Amylianasyakiella Binti Nazri
Alamat : Kampung pasir Raja, 23000 Dungun Terengganu.
No Telefon : 014-7293133